Tinta Pengetua

Font:

 

 

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

         

Assalamualaikum wbt. , Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa saya ucapkan kepada semua warga SMK PELABUHAN.(SMKP=KPSS) Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT. Kerana dengan limpah kurnianya, maka kita diizinkan Nya untuk berjumpa lagi dalam prakata dan sekapur sireh 2016 ini. Semoga amanah yang kita sama-sama pikul ini dapat kita realisasikan demi kesinambungan agama, bangsa dan Negara MALAYSIA yang kita cintai ini.

 

                Saya amat berharap agar semua warga SMK  PELABUHAN dapat bersabar dan menjaga keharmonian dalam bertungkus lumus mendidik anak bangsa dalam serba kekurangan dan di zaman kita berada dalam ekonomi negara yang meleset. Namun begitu saya amat yakin kita mampu membuat yang terbaik untuk anak didik kita. PEMBELAJARAN ABAD KE 21 adalah amat besar dan memerlukan pengorbanan untuk mencapai visi dan misi sekolah serta hasrat KPM melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025. Saya juga berharap SANGAT agar kita semua mengamal semangat PrOD( Program Kecemerlangan sekolah melalui Pembangunan Organisasi) dan CPO( Collaborative, participative and ownwership) dengan mantap serta bersikap POSITIF agar pelajar yang dilahirkan merupakan insan yang seimbang dan berkualiti sesuai dengan zamannya.

 

                Semua warga dan pelajar KPSS diharapkan akan terus berusaha, bijak membuat keputusan dan pilihan, gigih dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk menangani arus globalisasi yang melanda. Usaha yang berterusan dengan keazaman yang kental akan merobohkan segala halangan dan  meleraikan rintangan. Sama-sama kita pastikan FOKUS kita JELAS dan BERMAKNA kepada seluruh warga sekolah.

 

                Sama-samalah kita berusaha untuk masa depan yang lebih gemilang dengan menumpukan pembelajaran kelas abad ke 21 serta menerapkan K-BAT dan i-Think dalam PdP kita Berpaksikan nilai-nilai keagamaan yang kukuh dan berlatarbelakangkan  keilmuan yang tinggi, saya yakin KPSS mampu melahirkan pelajar yang proaktif, berketrampilan serta berkeupayaan tinggi dalm semua bidang.

 

                Dalam mencari ilmu untuk memenuhi tuntutan kehidupan adakalanya kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dan kegagalan. Kita  MESTI belajar dari kegagalan . WE HAVE TO TRY OUR VERY BEST TO BE THE BEST Kita mesti lebih perihatin terhadap penghayatan ’360 degree Leadership’ , ’ The Blue Ocean Strategy”, ’Level 5 Leaders’ serta perancangan strategic yang telah dan akan dibuat boleh melonjakkan KPSS ke tahap yang lebih cemerlang lagi. RCA juga perlu diperkemaskan lagi oleh semua guru demi kecemerlangan kita bersama.

 

Akhirkata, saya mengucapkan TAHNIAH kepada sidang redaksi semoga tahun 2016 menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang dan bermakna. Semoga Allah SWT membantu kita serta memberi taufik dan hidayah demi kejayaan kita semua dunia dan akhirat. BE LOYAL, OBEDIENT AND FOCUS ON OUR JOB. SEMOGA KECEMERLANGAN DAN KEGEMILANGAN DALAM SEMUA ASPEK BERSAMA KITA SEMUA. PASTIKAN SMK PELABUHAN DAN  KUANTAN MEMANG DI HADAPAN.

PELABUHAN- NUMBER ONE

PERHATIAN – PORT= POSITIVE, OPTIMISTIC, RESPONSIBLE, TALENTED

 

 

TUAN HAJI ASRUDDIN BIN HAJI ABAS

PENGETUA CEMERLANG

SMK PELABUHAN

 

 

MAKLUMAN @ SEKOLAH

PENGURUSAN SMKP

043236
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
53
77
174
42522
1689
2432
43236

IP Anda: 54.227.48.147
Tarikh: 2018-02-20 09:50:04

We have 20 guests and no members online

HUBUNGI KAMI

SMK PELABUHAN

26200 KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA

Tel: +(609) 95801320
Fax: +(609) 95801321

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PETA LOKASI SEKOLAH

 

Last Update:
General update: 23-01-2018 08:35

     
     
   

 
 
  

PKG Teruntum
PKG Pantai
PKG Jaya Gading
PKG Sungai Lembing
PKG ...