SEJARAH PENUBUHAN BOSS

Font:

Pengenalan

            Sebelum ini, Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOSS)  Sekolah Menengah Kebangsaan Pelabuhan berfungsi sebagai stor untuk menyimpan buku-buku teks lebihan. Pada tahun 2011, Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah (BOSS) sekolah ini mula diberi perhatian khusus oleh pihak pentadbiran sekolah. Pengurusan BOSS telah dipertingkatkan dengan memberi tumpuan kepada keceriaan dan penambahbaikan pengurusan SPBT sekolah semenjak tahun 2012 sehingga kini.

Konsep BOSS yang diperkenalkan oleh BBT ke sekolah-sekolah telah menunjukkan perubahan dalam aspek penjagaan, penyimpanan buku teks dan juga peningkatan terhadap pengurusan program SPBT secara menyeluruh.

            Tempat simpanan buku teks SPBT yang terurus adalah salah satu aspek yang penting dalam pengurusan SPBT di sekolah. Kewujudan BOSS ini bukan sahaja dapat memastikan buku teks sumbangan kerajaan itu menjangkau jangka hayat yang telah ditetapkan, malah dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang.

            Bagi menjamin penjagaan dalam keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan BOSS dengan efisien. BOSS diwujudkan dengan konsep bilik ini digunakan sebagai tempat yang menguruskan pelbagai urusan berkaitan SPBT. Sekolah perlu menyediakan BOSS yang mempunyai kemudahan asas seperti berikut:

 

  • Rak buku
  • Meja dan kerusi
  • Kipas
  • Alat Pemadam Api
  • Kawalan haiwan/serangga perosak
  • Kabinet/almari fail
  • Papan kenyataan
  • Kaunter
  • Peti Kecemasan 

 

Pengiktirafan Kelab SPBT sebagai salah satu aktiviti kokurikulum pada tahun 2005 merupakan satu lagi kemajuan dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT. Kelab ini diwujudkan untuk memantap dan meningkatkan lagi pengurusan SPBT. la membantu pihak sekolah menguruskan aktiviti pengurusan buku teks SPBT, di samping memupuk nilai menyayangi buku teks sebagai sumber ilmu.


Surat siaran Bil. KP (BS/DSR) 878/008(12) bertarikh 14 Februari 2005 tentang pengiktirafan kelab tersebut dikeluarkan di bawah Peraturan 4(e) Penubuhan Persatuan Sekolah dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998: apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.


Objektif 

Objektif Kelab SPBT adalah :

  1. Mengembangkan potensi individu (murid) secara menyeluruh.
  2. Mewujudkan semangat kerjasama dan dedikasi di kalangan murid.
  3. Memupuk sikap cintakan buku teks SPBT.
  4. Memperkemas, menyusun aktiviti dan meletakkan Kelab SPBT setaraf dengan kelab- kelab lain di sekolah.
  5. Memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu.

 

Aktiviti

Kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab SPBT ini dapat memartabatkan buku teks sebagai sumber ilmu utama serta memupuk sikap cintakan buku teks sebagai bahan utama kurikulum di sekolah.

  • Kempen sayangi buku teks
  • Pertandingan melukis kulit buku teks
  • Pertandingan melukis poster
  • Melukis mural
  • Kuiz

 

 

picture3.jpgpicture1.jpgpicture5.jpgpicture2.jpgpicture4.jpgpicture6.jpgpicture7.jpg

 

 

 

MAKLUMAN @ SEKOLAH

PENGURUSAN SMKP

057439
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
121
66
329
55589
2947
2949
57439

IP Anda: 54.224.133.152
Tarikh: 2018-06-22 13:22:11

We have 72 guests and no members online

HUBUNGI KAMI

SMK PELABUHAN

26200 KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA

Tel: +(609) 95801320
Fax: +(609) 95801321

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PETA LOKASI SEKOLAH

 

Last Update:
General update: 14-06-2018 12:06

     
     
   

 
 
  

PKG Teruntum
PKG Pantai
PKG Jaya Gading
PKG Sungai Lembing
PKG ...