MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN 2017

PORT 23 JANUARI 2017 (ISNIN) - Majlis Pelantikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan SMK Pelabuhan bagi tahun 2017 dijalankan dalam keadaan cuaca yang mendung dan gerimis pagi. Majlis diserikan dengan alunan bacaan ayat suci Quraanul Karim oleh saudara Wan Asyraf Ilman bin Wan Afandi. Majlis diberkati dengan bacaan doa oleh wakil Badan Ketua Tingkatan dan diteruskan dengan nyanyian dua buah lagu iaitu lagu Negaraku dan Negeri Pahang.

Read more: MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN 2017

PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2017

Kehadiran ke sekolah adalah salah satu elemen penting dalam menentukan kejayaan akademik seseorang pelajar. Sejajar dengan itu, Pada 06 Februari 2017, SMK Pelabuhan telah melancarkan Program Jom Ke Sekolah 2017 secara serentak di seluruh negara. Program ini merupakan kolaboratif antara Kementerian Pendidkan Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.

Read more: PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2017

Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan Lima 2018

BTPN | 27 OKTOBER 2018

 Bertempat di BTPN Pahang

Majlis Graduasi akan menjadi pemangkin dalam merealisasikan segala hasrat dan harapan terkandung dalam visi dan misi sekolah. Suntikan semangat dan pengiktirafan yang bakal diberi kepada para pelajar secara tidak langsung akan menyemai motivasi intrinsik dalam diri mereka ke arah yang lebih cemerlang dan progresif. Majlis ini dirancang sebagai tanda penghargaan pihak sekolah kepada murid-murid tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan getir SPM pada tahun ini.

Sebelum berakhirnya zaman persekolahan wajib, segala detik perjalanan murid yang bermula dibangku Pra-sekolah hingga SPM ini sewajarnya diakhiri dengan kenangan-kenangan manis bersama guru-guru dan para pelajar.

Rasional

Program ini dapat meningkatkan dan memperkasakan imej sekolah serta menghargai dan meraikan murid-murid tingkatan 5.

Objektif

1. Memberi pengiktirafan kepada pelajar sepanjang berada di sekolah ini.

2. Memberi penghargaan kepada murid tingkatan 5 atas segala jasa dan sumbangan mereka kepada sekolah.

 

*Gambar-gambar sepanjang graduasi boleh dilihat di sini.

 

Read more: Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan Lima 2018

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SMK PELABUHAN 2017

PORT 07 APRIL 2017 – Kursus Kepimpinan Pengawas SMK Pelabuhan telah diadakan di Pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia Tanjong Gelang yang disertai seramai 106 orang Pengawas Sekolah yang telah dilantik. Tujuan kursus ini diadakan untuk meningkatkan keyakinan diri peserta-peserta dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pengawas sekolah. Selain itu, kursus ini mampu memperkasakan semangat dan perasaan setiakawan serta kebolehan bekerja dalam satu pasukan.

Read more: KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SMK PELABUHAN 2017

MAKLUMAN @ SEKOLAH

PENGURUSAN SMKP

082931
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
44
147
445
79747
5900
5412
82931

IP Anda: 54.82.93.116
Tarikh: 2018-11-20 03:31:20

We have 24 guests and no members online

HUBUNGI KAMI

SMK PELABUHAN

26200 KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA

Tel: +(609) 95801320
Fax: +(609) 95801321

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PETA LOKASI SEKOLAH

 

Last Update:
General update: 11-11-2018 11:10

     
     
   

 
 
  

PKG Teruntum
PKG Pantai
PKG Jaya Gading
PKG Sungai Lembing
PKG ...