MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN KETUA TINGKATAN DAN PENOLONG KETUA TINGKATAN 2017

Font:

PORT 23 JANUARI 2017 (ISNIN) - Majlis Pelantikan Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan SMK Pelabuhan bagi tahun 2017 dijalankan dalam keadaan cuaca yang mendung dan gerimis pagi. Majlis diserikan dengan alunan bacaan ayat suci Quraanul Karim oleh saudara Wan Asyraf Ilman bin Wan Afandi. Majlis diberkati dengan bacaan doa oleh wakil Badan Ketua Tingkatan dan diteruskan dengan nyanyian dua buah lagu iaitu lagu Negaraku dan Negeri Pahang.



Cuaca yang mendung tidak menghalang  ucapan penuh bertenaga oleh Pengetua Cemerlang, Tn Haji Asruddin bin Haji Abas. Pelajar-pelajar kelihatan sungguh bersemangat dan bertepuk tangan mendengar ucapan perasmian beliau. Penyampaian watikah Penolong Badan Ketua Tingkatan disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Pn Hasnah Mamat, diikuti dengan Penolong Kanan Petang, Tn Haji Wan Zainul Azhan bin Wan Ibrahim seterusnya Watikah Ketua Tingkatan disempurnakan oleh Tuan Pengetua.

Majlis watikah ini mempunyai penanda aras yang sungguh murni untuk melahirkan pemimpin muda yang berwawasan tinggi dan beketrampilan dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Majlis yang meriah ini ditutup dengan bacaan ikrar dan sesi bergambar unit Badan Ketua Tingkatan.

Semoga ketua dan penolong ketua tingkatan tahun 2017 ini dapat melaksanakan tugas dengan baik dan jayanya...

 

20170123_080900.jpg20170123_082609.jpg20170123_082647.jpg20170123_082514.jpgkk pkk 2017.jpg20170123_0755500.jpg20170123_083713.jpg20170123_084503.jpg20170123_082334.jpg20170123_084451.jpg20170123_075522.jpg20170123_082259.jpg20170123_083753.jpg20170123_084438.jpg20170123_084406.jpg20170123_082402.jpg

MAKLUMAN @ SEKOLAH

PENGURUSAN SMKP

095923
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
194
260
895
93418
5403
6159
95923

IP Anda: 54.209.202.123
Tarikh: 2019-01-23 15:41:47

We have 12 guests and no members online

HUBUNGI KAMI

SMK PELABUHAN

26200 KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA

Tel: +(609) 95801320
Fax: +(609) 95801321

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PETA LOKASI SEKOLAH

 

Last Update:
General update: 21-01-2019 09:54

     
     
   

 
 
  

PKG Teruntum
PKG Pantai
PKG Jaya Gading
PKG Sungai Lembing
PKG ...