Sejarah Sekolah

Font:

 

SEJARAH PENUBUHAN SMK PELABUHAN

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Pelabuhan (SMKP) mula ditubuhkan pada akhir tahun 1998. Jabatan Pendidikan Pahang memutuskan bahawa sebuah sekolah menengah perlu ditubuhkan bagi penduduk kawasan Cherating, Sungai Ular, Gebeng dan Chengal Lempong memandangkan tiada sekolah berhampiran kecuali Sekolah Menengah Kebangsaan Beserah yang terletak di Beserah, Kuantan.

 

Lokasi sekolah terletak berhampiran Taman Balok Makmur dan kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan. Bangunan sekolah meliputi satu unit blok pentadbiran, dua unit blok kelas, satu unit blok makmal dan dua unit blok bengkel kemahiran hidup yang memenuhi keperluan pendidikan alaf ini.

 

Pada awal penubuhan, SMKP hanya mempunyai seramai 13 orang kakitangan akademik dan sembilan orang kakitangan bukan akademik untuk mengendalikan segala urusan sekolah. Jumlah pelajar pada waktu itu hanya seramai 258 orang iaitu tujuh kelas tingkatan satu. Pada tahun 2015, jumlah pelajar meningkat kepada 1198 orang dengan jumlah kelas sebanyak 41 buah. Mulai 2015 juga SMKP telah menempa sejarah baharu apabila menjadi sekolah dua sesi. Pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua bersekolah pada sesi petang, manakala tingkatan tiga, tingkatan empat dan tingkatan lima serta tingkatan 1AK dan tingkatan 2AK  pada sesi pagi. Keadaan ini adalah kerana pertambahan jumlah pelajar berbanding bilangan kelas. Kakitangan akademik bertambah seramai 84 orang manakala staf sokongan pula seramai 13 orang.

 

Bersama dengan segala kekurangan dan kesukaran, akhirnya SMKP terus menempa nama dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semoga pada tahun mendatang SMKP terus maju dengan sokongan padu dikuatkan dengan iltizam pelajar menjadikan SMKP antara sekolah terbaik di daerah Kuantan.

 

Insya-Allah.....

___________________________________________________________________________

 

NAMA SEKOLAH : SMK Pelabuhan, Kuantan

NAMA PENGETUA : Tn Haji Asruddin bin Haji Abas

 

ALAMAT SEKOLAH :

Taman Balok Makmur, Gebeng,

26100 Kuantan, Pahang, Malaysia

 

NO. TELEFON : 09 5801320

NO. FAKS : 09 5801321

BLOG : psssmkpelabuhan.blogspot

EMAIL :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PETA LOKASI SMKP :  

 

peta-lokasismkp.png

 

 

 

 

MAKLUMAN @ SEKOLAH

PENGURUSAN SMKP

074708
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
226
228
763
72733
3089
3598
74708

IP Anda: 54.92.163.105
Tarikh: 2018-10-17 20:13:28

We have 16 guests and no members online

HUBUNGI KAMI

SMK PELABUHAN

26200 KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA

Tel: +(609) 95801320
Fax: +(609) 95801321

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PETA LOKASI SEKOLAH

 

Last Update:
General update: 12-10-2018 13:11

     
     
   

 
 
  

PKG Teruntum
PKG Pantai
PKG Jaya Gading
PKG Sungai Lembing
PKG ...