MALAM SERIBU KENANGAN SEJUTA IMPIAN

MS Garden, Kuantan, 19 Oktober 2016: Malam Seribu Kenangan Sejuta Impian SMKP 2016 berlangsung penuh ceria dan harmoni. Majlis tahunan anjuran Kelab Guru dan Staf SMKP 2016 diserikan dengan kehadiran AJK PIBG. Lebih bermakna apabila semua warga Kelab juga meraikan Puan Sumarsih binti Markah sempena persaraan beliau. AJK Kelab membuat kejutan dengan memainkan lagu Hari Lahir serentak dengan kek tajaan MS Garden.

 

Read more: MALAM SERIBU KENANGAN SEJUTA IMPIAN

MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PENGETUA & MAJLIS PERASMIAN GALERI WARISAN, LAMAN WEB DAN KIOSK SMK PELABUHAN

27 September 2016 - Majlis dimulakan dengan menandatangani Penyerahan Tugas oleh Yang Berbahagia Encik Noor Azhari bin Yahya, Pengetua Cemerlang SMK Alor Akar, Encik Murugan A/L Ponnan@Ponnappan, Pengetua SMK St. Thomas dan Tuan Haji Asruddin bin Haji Abas, Pengetua Cemerlang SMK Pelabuhan yang disahkan dan disaksikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus, Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan.

Read more: MAJLIS PENYERAHAN TUGAS PENGETUA & MAJLIS PERASMIAN GALERI WARISAN, LAMAN WEB DAN KIOSK SMK...

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KUANTAN 2016

28 JULAI 2016, Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuantan, SMKP  telah terpilih untuk membuat persembahan Koir Hari Guru. Sambutan pada tahun ini diadakan di Dewan SMK Afzan, Kuantan.  Seramai 30 orang guru dan staf yang terlibat dalam koir tersebut yang diketuai oleh Tuan pengetua Tn Hj Asruddin B. Abas.

Read more: SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KUANTAN 2016

“Kerana Dirimu Begitu Berharga”

16 MEI 2016, Perayaan Hari Guru 2016 SMKP disambut meriah dengan Slogan “Kerana Dirimu Begitu Berharga”. Majlis dimulakan dengan perarakan  barisan pendidik menuju ke Dataran Ulum dengan iringan paluan kompang dari kumpulan pelajar di bawah pimpinan Puan Noraishah Bt Sulaiman .  Barisan pendidik berpakaian kemas seragam batik sekolah bertemakan warna merah dan hitam.

Read more: “Kerana Dirimu Begitu Berharga”

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2016

SMK Pelabuhan, 15 OGOS 2016: Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah dirasmikan oleh Tn. Haji Asruddin Bin Abas selaku pengetua bersama guru - guru dan  pelajar SMKP. Objektif majlis ini adalah untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan warga SMKP dan memelihara keamanan kemerdekaan negara. Majlis ini dimulakan dengan aktiviti penyampaian Jalur Gemilang oleh Pasukan Kadet Polis kepada Tuan Pengetua dan beberapa aktiviti lain seperti persembahan gimik kemerdekaan iaitu lakonan bersejarah kekejaman tentera Jepun keatas penduduk Tanah Melayu sebelum kemerdekaan. Beberapa persembahan lain seperti tarian tempurung, nyanyian lagu Warisan dan beberapa buah lagu patriotik.

Read more: MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2016

PERKHEMAHAN BERSEPADU PASUKAN BADAN BERUNIFORM SMK PELABUHAN 2016

3 & 4 SEPTEMBER 2016  -  SMK Pelabuhan telah melaksanakan Perkhemahan Bersepadu Pasukan Badan Beruniform dengan jayanya yang diserta seramai 114 orang pelajar dari 9 unit  badan beruniform.

Pelajar mula berdaftar pada hari Sabtu pada pukul 8 pagi dan diteruskan dengan aktiviti mengikut jadual yang telah dirancang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Pasang tutup Khemah, Ikhtiar Hidup, Permainan MInda, Kawad Kaki, Barbeque / Night Walk, Qiamulail, Malaysia Cerdas, dan Pertolongan Cemas.

Read more: PERKHEMAHAN BERSEPADU PASUKAN BADAN BERUNIFORM SMK PELABUHAN 2016

BULAN MEMBACA SMKP

Julai 2016 - Bulan Membaca adalah program tahunan sekolah sejajar dengan misi KPM dalam menerapkan budaya membaca dalam kalangan pelajar. Program ini telah dilaksanakan pada 1 julai hingga 30 julai. sepanjang tempoh tersebut pelbagai aktiviti telah dilaksanakan melibatkan pelajar pelajar tingkatan 1,2 dan 4.

Antaranya bacathon,pertandingan mewarna hari raya, mencipta sampul hari raya, Melukis poster dengan tema budaya membaca memartabatkan bangsa, dan pertandingan esei.

Semoga aktiviti ini dapat sedikit sebanyak membantu dalam menanam rasa cinta terhadap budaya membaca.

Read more: BULAN MEMBACA SMKP

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI KE-59

KUANTAN, 31 OKTOBER 2016, “DEHATI SEJIWA” merupakan tema yang dipilih pada Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-59 tahun pada tahun ini.

Bertepatan dengan tema tersebut, seramai 70 penguat kuasa maritim Wilayah Maritim Timur (WILTIM) yang terdiri daripada 70 Pegawai dan Pegawai Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat secara langsung di perbarisan dan perarakan serta pentomen di peringkat Negeri Pahang hari ini, di sini.

Read more: SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI KE-59

MAKLUMAN @ SEKOLAH

PENGURUSAN SMKP

052849
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
44
60
104
52298
1306
4750
52849

IP Anda: 54.80.82.9
Tarikh: 2018-05-21 03:28:34

We have 31 guests and no members online

HUBUNGI KAMI

SMK PELABUHAN

26200 KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA

Tel: +(609) 95801320
Fax: +(609) 95801321

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PETA LOKASI SEKOLAH

 

Last Update:
General update: 11-05-2018 01:57

     
     
   

 
 
  

PKG Teruntum
PKG Pantai
PKG Jaya Gading
PKG Sungai Lembing
PKG ...