Sambutan Hari Guru 2018

Font:

16 Mei 2018 | SMKP 

"GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN"

 

 Pada 16 MEI 2018 telah diadakan sambutan hari guru di Port SMK Pelabuhan . Majlis sambutan hari guru tersebut disambut dengan meriah , bersama Tema sekolah iaitu warna biru cerah . Seramai 85 orang guru serta pengetua SMK PELABUHAN Tn Hj Asruddin Bin Hj.Abas dan kakitangan staff hadir memeriahkan suasana tersebut. 

 

 Sambutan hari guru terlebih dahulu dimulai dengan barisan guru guru dan Pengetua berkumpul di laluan tengah diiringi karpet merah. Sementara menunggu Majlis berjalan, para guru guru dan Pengetua mengambil gambar sebagai kenang kenangan. Setelah Majlis dimulai, semua guru bergerak dalam dua barisan menuju ke dataran ulum . Barisan terbahagi kepada dua, satu barisan ke kanan dan satu lagi ke sebelah kiri . Setelah selesai guru guru dibenarkan duduk di tempat yang disediakan. 

 

   Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan ucapan Pengetua Tn Hj Asruddin Bin Hj.Abbas . Selain itu ada beberapa juga photographer yang merakam dan mengambil gambar pada hari tersebut. Selesai ucapan Pengetua , beberapa guru lain juga turut memberikan sepatah dua kata . 

 

 Terdapat juga murid murid yang melancarkan gimik sambutan hari guru , persembahan silat dari budak budak silat yang dilatih oleh Puan Salbiah. Setelah selesai persembahan tersebut, semua guru diminta ke dataran ulum untuk sesi fotografi. Setelah selesai , semua murid dan guru dibenarkan rehat . 

 

   Majlis disambung dengan aktiviti sukaneka yang melibatkan guru guru mengikut kumpulan masing masing . Aktiviti sukaneka tersebut  sangat meriah dengan sorakan murid murid dan penonton yang melihat . Setiap kumpulan terbahagi kepada 8 kumpulan dan 7 org ahli . Terdapat tiga permainan yang diadakan . Setelah selesai semua permainan semua murid diminta ke surau terbuka untuk persembahan seterusnya . 

 

  Pelbagai persembahan diadakan oleh murid murid yang membuat persembahan tersebut, antaranya ialah nyanyian lagu hari guru , persembahan dikir barat dan lain lain. Majlis berakhir tepat pada pukul 1. Selesai persembahan semua murid dibenarkan balik . Tetapi guru guru harus menunggu untuk jamuan makan dan penyampaian hadiah sukaneka sebentar tadi . Setiap kumpulan mendapat hadiah saguhati daripada pihak sekolah . Setelah Majlis penyampaian hadiah berakhir semua guru diminta menjamu makanan yang disediakan. Majlis berakhir tepat pada pukul 2 petang. 

dsc_0430.jpgdsc_0178.jpgdsc_0174.jpgdsc_0167.jpgdsc_0283.jpgdsc_0291.jpgdsc_0474.jpgdsc_0143.jpgdsc_0329.jpgdsc_0355.jpgdsc_0352.jpgdsc_0184.jpgdsc_0357.jpgdsc_0195.jpgdsc_0268.jpgdsc_0479.jpgdsc_0520.jpgdsc_0267.jpgdsc_0333.jpgdsc_0270.jpgdsc_0198.jpgdsc_0096.jpgdsc_0290.jpgdsc_0028.jpgdsc_0432.jpgdsc_0294.jpgdsc_0344.jpgdsc_0271.jpgdsc_0419.jpgdsc_0295.jpgdsc_0181.jpgdsc_0266.jpgdsc_0196.jpgdsc_0197.jpgdsc_0057.jpg

MAKLUMAN @ SEKOLAH

PENGURUSAN SMKP

085953
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
163
129
438
84464
1592
7330
85953

IP Anda: 35.175.182.106
Tarikh: 2018-12-11 19:24:48

We have 20 guests and no members online

HUBUNGI KAMI

SMK PELABUHAN

26200 KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA

Tel: +(609) 95801320
Fax: +(609) 95801321

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PETA LOKASI SEKOLAH

 

Last Update:
General update: 11-11-2018 11:10

     
     
   

 
 
  

PKG Teruntum
PKG Pantai
PKG Jaya Gading
PKG Sungai Lembing
PKG ...