MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2017

  • Print
Font:

 

PORT 14 APR 2018 (SABTU) - Pada tanggal 14 April 2018, Majlis Anugerah Kecemerlangan diadakan dengan jayanya. Usaha yang berterusan yang diiringi doa restu ibu bapa dan guru mampu membuahkan kejayaan yang cemerlang. Setiap kejayaan yang dicapai seharusnya diberi pengiktirafan yang sewajarnya.

Dalam usaha merealisasikan hasrat itu, Majlis Anugerah Kecemerlangan 2017 diadakan sebagai satu platform  untuk memberikan pengiktirafan kepada para pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah

Adalah diharapkan pengiktirafan ini akan menjadi pendorong untuk lebih cemerlang di masa hadapan.

Majlis ini bermatlamat bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam kemantapan akademik dan kokurikulum serta kejituan sahsiah selari dengan hasrat kerajaan untuk menzahirkan rupa bangsa yang berkualiti dan berintegriti. Di samping itu juga majlis yang melibatkan pelajar cemerlang daripada Tingkatan 1 hingga 5  mempunyai objektif untuk menghargai pencapaian cemerlang pelajar dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah serta memberi pengiktirafan kepada kejayaan pelajar yang mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan, Seterusnya  memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah antara para guru, pelajar dan ibu bapa.

Tetamu terhormat yang merasmikan majlis yang bermakna buat warga SMK Pelabuhan  ialah Puan Mazlina binti Manshor iaitu Pengarah SIRIM Pahang. Beliau disambut dengan kelab seni silat dan Kawalan Kehormatan Pasukan Kadet Polis SMK Pelabuhan.

 

photo_2018-04-21_12-47-54 - Copy.jpgphoto_2018-04-21_12-48-16 - Copy.jpgphoto_2018-04-21_12-49-24 - Copy.jpgphoto_2018-04-21_12-47-46 - Copy.jpgphoto_2018-04-21_12-48-26 - Copy.jpgphoto_2018-04-21_12-51-01 - Copy.jpgphoto_2018-04-21_12-47-00 - Copy.jpgphoto_2018-04-21_12-50-10 - Copy.jpgphoto_2018-04-21_12-47-42 - Copy.jpgphoto_2018-04-21_12-47-50 - Copy.jpgphoto_2018-04-21_12-49-09 - Copy.jpgphoto_2018-04-21_12-51-18.jpgphoto_2018-04-21_12-48-46 - Copy.jpgphoto_2018-04-21_12-49-58 - Copy.jpgphoto_2018-04-21_12-47-07 - Copy.jpgphoto_2018-04-21_12-49-54 - Copy.jpgphoto_2018-04-21_12-46-51 - Copy.jpg

 

 

 

 


AdmirorGallery 4.5.0, author/s Vasiljevski & Kekeljevic.