MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2016

 

PORT SABTU: Pada tanggal 8 April 2017. Majlis Anugerah Kecemerlangan diadakan dengan jayanya. Usaha yang berterusan yang diiringi doa restu ibu bapa dan guru mampu membuahkan kejayaan yang cemerlang. Setiap kejayaan yang dicapai seharusnya diberi pengiktirafan yang sewajarnya. Dalam usaha merealisasikan hasrat itu, Majlis Anugerah Kecemerlangan 2016 diadakan sebagai satu platform  untuk memberikan pengiktirafan kepada para pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Read more: MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2016

PENANDA ARAS "MOBILE CLASS" DI SMK BUKIT GOH

PORT 2 MAC 2017 (Khamis) - Lawatan penanda aras ke SMK Bukit Goh melibatkan seramai 12 org guru yang terdiri daripada PK Pentadbiran, PK Kokurikulum, KB Bahasa, KB Matematik dan Sains, Setiausaha Kurikulum, Setiausaha Hem, Ketua Panitia Sains, Ketua Panitia Bahasa Melayu, Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Kaunselor, Guru Data &  Jawatankuasa Jadual Waktu.

Read more: PENANDA ARAS "MOBILE CLASS" DI SMK BUKIT GOH

PROGRAM PERINTIS ROBOTIK DIGI PETROSAINS

PORT 4 FEBRUARI 2017 - SMK Pelabuhan mencatat sejarah apabila tujuh orang pelajarnya terpilih untuk menyertai Program Perintis Robotik DIGI PETRONAS yang dianjurkan oleh Digi Telecommunication Sdn Bhd dengan kerjasama The Discovery Centre.

Read more: PROGRAM PERINTIS ROBOTIK DIGI PETROSAINS

LADAP PEMBELAJARAN ABAD KE 21

PORT 06 FEBRUARI 2017 - Dalam proses menyediakan generasi rakyat Malaysia dengan berpendidikan yang lengkap, dua keperluan asas dan utama diperlukan iaitu keperluan individu dan keperluan Negara. Kurikulum perlu dirancang dan diuruskan dengan teliti supaya keperluan ini selaras dengan perkembangan teknologi bagi  membudayakan Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC).

Read more: LADAP PEMBELAJARAN ABAD KE 21

MAJLIS PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2017 & ANUGERAH NILAM 2016

Program NILAM merupakan salah satu program dalam usaha menerap budaya membaca dikalangan pelajar. Amalan membaca amat penting dalam kehidupan di mana melalui budaya ini pelbagai ilmu dapat diperolehi dan dikuasai. Justeru itu, tanggal 6 Februari 2017 pihak Pusat Sumber Sekolah melancarkan program ini supaya semua warga SMK Pelabuhan khususnya pelajar sedar akan kepentingan amalan membaca sebagai budaya ilmu.

Read more: MAJLIS PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2017 & ANUGERAH NILAM 2016

MAJLIS PELANCARAN KUMPULAN EXCEL TINGKATAN 3 & 5 2017

 

PORT 03 FEBRUARI 2017 – Di pagi jumaat yang penuh keberkatan hari ini, selepas Majlis Bacaan Yasin telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Kumpulan Excel bagi pelajar terpilih dari tingkatan 3 dan 5 SMK Pelabuhan. Pelancaran telah dimurnikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Pelabuhan, Tn Haji Asruddin bin Haji Abas . Penyerahan fail kecemerlangan telah diberikan kepada 25 orang pelajar tingkatan 3 dan 21 orang pelajar tingkatan 5 yang terpilih.

Read more: MAJLIS PELANCARAN KUMPULAN EXCEL TINGKATAN 3 & 5 2017

PROGRAM MUZAKARAH IBU BAPA/ PENJAGA MURID TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 5 SERTA PENETAPAN TARGET PT3 DAN SPM 2017

PORT RABU  Pada tanggal 25 Januari 2017. Jawatankuasa Kurikulum SMKP telah mengadakan Program Muzakarah Ibu bapa / Penjaga Murid Tingkatan 3 dan 5 serta penetapan target. Dewasa ini, perkembangan dan kecenderungan anak-anak banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Persekitaran yang negatif akan membentuk modal insan yang pincang.

Read more: PROGRAM MUZAKARAH IBU BAPA/ PENJAGA MURID TINGKATAN 3 DAN TINGKATAN 5 SERTA PENETAPAN TARGET PT3...

PELANCARAN KUMPULAN BALKIsT & PERHALUS 2017

PORT  16/1/2017 ( Isnin)  telah berlangsung Pelancaran Kumpulan BALKIsT & PERHALUS anjuran bersama panitia Bahasa Melayu & panitia Sejarah. Pelajar yang terlibat ialah pelajar yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sejarah dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2016.

BALKIsT atau Bimbingan Akademik Lanjutan Khas Insan Tersayang merupakan antara program peningkatan panitia Bahasa Melayu manakala PERHALUS singkatan bagi Pelajar Harapan Lulus  antara program peningkatan panitia sejarah.

Read more: PELANCARAN KUMPULAN BALKIsT & PERHALUS 2017

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME BAHASA MELAYU 2017

PORT ISNIN - Pada tanggal 19 Januari 2017, panitia Bahasa Melayu telah mengadakan Program Peningkatan Profesionalise Bahasa Melayu berkaitan teknik pengajaran berkesan PA21. Penceramah yang dijemput ialah Tuan Haji Akhirruddeen bin Awang iaitu Pegawai SISC+ Bahasa Melayu , PPD Kuantan. Guru yang terlibat ialah seramai 12 orang termasuk beberapa orang guru yang bukan daripada panitia Bahasa Melayu yang bekesempatan untuk turut serta dalam program ini.

Read more: PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME BAHASA MELAYU 2017

SOLAT HAJAT PERDANA PT3 2016

30 September 2016 - Solat Hajat Perdana merupakan agenda utama Unit Kurikulum SMK Pelabuhan yang dianjurkan saban tahun sebagai persiapann rohani menjelang peperiksaan PT3. Solat Hajat yang diadakan ini merupakan kemuncak kepada segala usaha dan ikhtiar yang dilakukan oleh semua pihak untuk menghadapi peperiksaan penting tersebut. Manusia hanya mampu merancang dan berusaha, justeru itu kita perlu sentiasa berdoa dan melakukan solat hajat  dan menyerahkan segala natijahnya kepada Yang Maha Kuasa. 

 

Program Solat Hajat Perdana PT3 tahun 2016 ini diimamkan oleh Ustaz Muhammad Awis Qarni bin Abdul Wahab dan disempurnakan bersama-sama ibubapa, guru serta semua calon PT3.

 

851439356_65828.jpg851516361_33518.jpg851516736_32321.jpg851517379_32338.jpg851516726_33035.jpg851518476_32806.jpg851517086_32798.jpg851518892_33430.jpg

MAKLUMAN @ SEKOLAH

PENGURUSAN SMKP

052837
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
32
60
92
52298
1294
4750
52837

IP Anda: 54.80.82.9
Tarikh: 2018-05-21 03:24:44

We have 19 guests and no members online

HUBUNGI KAMI

SMK PELABUHAN

26200 KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA

Tel: +(609) 95801320
Fax: +(609) 95801321

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PETA LOKASI SEKOLAH

 

Last Update:
General update: 11-05-2018 01:57

     
     
   

 
 
  

PKG Teruntum
PKG Pantai
PKG Jaya Gading
PKG Sungai Lembing
PKG ...